Assalamualaikum Wrt Wbtt,

أعوذ بالله من الشيطان الرجيم 

ضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الذِّلَّةُ أَيْنَ مَا ثُقِفُواْ إِلاَّ بِحَبْلٍ مِّنْ اللّهِ وَحَبْلٍ مِّنَ النَّاسِ وَبَآؤُوا بِغَضَبٍ مِّنَ اللّهِ وَضُرِبَتْ عَلَيْهِمُ الْمَسْكَنَةُ ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَانُواْ يَكْفُرُونَ بِآيَاتِ اللّهِ وَيَقْتُلُونَ الأَنبِيَاءَ بِغَيْرِ حَقٍّ ذَلِكَ بِمَا عَصَوا وَّكَانُواْ يَعْتَدُونَ

Melihatkan kepada keperluan yang sangat dicari oleh segenap lapisan masyarakat, kami dengan penuh rasa tanggungjawab memulakan satu evolusi cara hidup yang menjadi wadah kecil kepada sebuah masyarakat yang besar melalui sistem Kebudayaan Islam. Moga-moga dengan permulaan yang kecil ini sudah cukup membentuk satu model dalam mewujudkan satu suasana dan cara hidup yang sihat di tengah masyarakat umum.

I-Events adalah hasil daripada himpunan individu-individu muslim yang memiliki jiwa raga yang bercita-cita untuk merealisasikan cara hidup berTuhan sebagai asas dan panduan kehidupan dan bermasyarakat. Bermula dari sini, I-Events mengorak langkah seawal tahun 1996 di Kluang, Johor (yang sebelumnya dikenali sebagai Diwani Creative) sebagai sebuah syarikat pengiklanan Bumiputera Muslim.

I-Events, bukan sekadar sebuah syarikat komersial malah ia merupakan tanggungjawab Fardhu Kifayah yang mesti dibangunkan untuk memberi peluang dan ruang kepada masyarakat untuk mengetahui, menghayati dan melaksanakan cara hidup yang positif melalui kebudayaan Islam.


LIMA SYARAT IBADAH:

Niat yang betul – kerana dan untuk Tuhan

Perkara tersebut tepat dengan kehendak Tuhan

Perlaksanaannya pula tepat dengan kehendak Tuhan

Hasil yang betul dan baik (menurut penilaian Tuhan)

Tidak meninggalkan perkara yang asas dalam Syariat Tuhan